Blogger Layouts

Thursday, 10 May 2012

perkara yang kadangkala terlepas pandang...

assalamualaikum semua..
selawat dan salam ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W dan keatas seluruh kaum keluarganya serta salam dan rindu buat insan-insan yang sentiase berada di sekeliling sy tika saat susah dan senang...
bersyukur yang tak terhingga ke atas sang pencinta ALLAH diberikan kesihatan yang sihat,memberi peluang kepada ku untuk terus bernafas supaya dapat untuk ku menambahkan lagi amalan yang belum pernah cukup untuk ku mempersiapkan diri menghadapmu kelak...
alhamdulillah syukur yang tak terhingga sy diberi peluang sekali lagi untuk melihat dunia ini setelah beberapa minit  memejamkan mata merehatkan otak..
sebelum sy merehatkan diri tadi tibe-tibe timbul persoalan yang bermain di akal fikiran..
'apakah aku bersedia sekiranya setelah aku bangun dari tidur,aku telah meninggal dunia?'
'adakah cukup amalan ku untuk menghapanya?'
berbagai soalan yang berlegar-legar di minda membuatkan haty ku menjadi sayu apabila mengenangkan dan persoalan itu aku tinggalkan seketika kerana telah ditakdirkan dan ditentukan yang aku akan tidur yang belum pasti apakah akan aku terbangun sebagai roh dan jasad atau sekadar roh sahaja yang terbangun dari tidur..waalllahualam..
alhamdulillah..segala jawapan telah pun terungkai...allah itu maha mengetahui segala apa yang terbuku di haty ini..die telah memberi peluang kepada ku untuk terus beramal dan terus mengejar cinta yang suci lagi indah..
terima kasih ya ALLAH..
semoga kau permudah kan untukku beribadah ;)

ok la back to our topic,macam yang sy letak kan title kat atas tu : Perkara yang kadangkala terlepas pandang..
sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia sering kali melakukan kekhilafan..kadang kala kita tidak perasan dengan kesilapan yang dilakukan maka sebagai saudara sesama islam sudah menjadi tanggungjawab untuk kite saling ingat-mengingati tegur-menegur antara satu sama lain...jangan pernah rase bosan untuk menasihati.nasihatlah dengan penuh kesabaran dan keikhalasan...
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim .

sabda Rasulullah s.a.w :
'Tinggallah manusia sebahagian mereka mendapat dari sebahagian yang lain,dan apabila salah seorang kamu diminta nasihat oleh saudaranya maka nasihatkanlah'

daripada Abi Hurairah R.A,sabda rasulullah s.a.w :
'Sesungguhnya ALLAH reda bagi kamu tiga perkara.Reda bahawa kamu beribadat kepada-Nya dan sekali-kali tidak syirik dengan-Nya sesuatu pun,berpegang dengan tali ALLAH semuanya dan jangan bercerai-berai dan saling menasihati siapa yang ALLAH berikan kuasa dalam urusanmu'

dengan ade nya hadis di atas,sy sebagai saudara sesama islam ingin menegur sikap manusia yang terlepas pandang dengan pertuturan yang kita lontarkan saban waktu..

daripada abu darda',Rasulullah s.a.w bersabda :
'bukanlah (golongan ini ) daripada orang beriman yang sempurna imannya;orang yang suka mengecam,suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut'

sebagai orang yang beriman janganlah kite menggelarkan atau memanggil orang lain dengan 'GELARAN'
yang tidak disukainya,bimbang sekiranya gelaran yang kite 'GELARKAN' itu tidak diredhai oleh nya..dan bimbang sekiranya kita akan menerima saham yang kita sendiri tidak menginginkannya..berikan lah gelaran yang sedap didengar yang mempunyai maksud yang baik dan yang tidak menyakitkan haty orang yang mendengar.

pujangga berkata:
hati-hati jangan sekali-kali melukai perasaan seseorang kelompok.Jadikanlah lisan itu lurus,bicaranya baik,kata-katanya segar,dan isi percakapanya terjaga daripada hal-hal buruk..

pesanan ini saya tujukan kepada semua orang diluar sana tak lupa juga kepada diri saya sendiri..segala kesilapan itu datang dalam diri saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari pencipta yang Esa,ALLAH..

No comments:

Post a Comment